Sunday, 18 December 2016

Aku Cinta Pada Si Dia

Hari ni si Natasha rajin pulak menulis blog ni kan? Jom, nak mendalami satu lagi perkongsian tak? Yang ni mesti best!!! Lagi-lagi anda yang bergelar wanita. Wahh! Soal cinta.. Best u ollss.. Kena ngan taste gituuuu.. Okay, hari ni kita sweet sikit..
...AKU CINTA PADA SI DIA...

You guys dah bersedia? Let's go!

Apa yang anda faham dengan cinta?
Dalam ruang kotak fikiran anda sekarang ni mesti ada jawapan tersendiri. Lain orang, lain pendiriannya. Persoalan ini tentunya terjawab dengan pendapat yang berbeza. Kerana hanya anda sahaja yang memahami apa itu erti cinta buat diri anda.

Soal cinta terlalu meluas.
Ada yang menyampaikan erti cinta dalam bentuk kiasan,
"umpama alam ini milik kita berdua"
"bagai pungguk rindukan bulan"
"seperti cincin dan permata"

Ada dalam bentuk lirik lagu,
"Cinta...lelaki teragung... Membuat diri berbahagia.. Kaulah kekasih di dunia..dan di syurga.." -Dayang Nurfaizah Lelaki Teragung.

Ada juga dalam bentuk diari. Tentunya pelbagai luahan rasa yang terkandung dalam diari tersebut.

Cinta diibaratkan sebagai sesuatu yang indah. Dan diluahkan dalam bentuk yang berbeza. Kerana cinta, hidup dirasakan lebih bahagia.

Menjadi fitrah buat semua insan untuk berkasih-sayang. Manusia diciptakan berpasangan. Hebatkan aturan Allah ini? Setiap orang telah tertulis jodohnya. Siapa? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Allah menciptakan perasaan cinta sebagai sesuatu yang terlalu indah. Suatu perasaan yang harus dihargai oleh setiap insan. Kerana perasaan cinta ini adalah nikmat daripada Allah kepada makhluk ciptaanNya yang dimuliakan iaitu manusia.

Tetapi hari ini, cinta telah dipesongkan. Cinta telah disalah tafsir oleh manusia. Cinta diluahkan dengan salah.

Kerana itu, banyak cerita yang kita dengar tentang wanita yang dilukai kerana cinta. Lelaki yang hilang segalanya kerana cinta. Keluarga yang terputus hubungan kerana cinta. Anak dibuang kerana cinta. Segala perkara yang tidak baik yang berlaku kebanyakkannya angkara cinta. Telah menjadi bualan ramai hari ini, dikatakan cinta itu menyakitkan. Cinta itu mengecewakan.

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,
Bukankah Allah menciptakan perasaan cinta itu sebagai sesuatu yang indah?
Bagaimana pula dikatakan cinta itu menyakitkan?

Penjelasan yang jelas tentang cinta ini sangat senang.
Bukan cinta yang menyakitkan.
Tetapi anda yang membuat cinta itu sakit.

Adakah anda sedang bercinta dengan seseorang ketika ini?

Jika ya, ada beberapa perkara laa yang blogger nak kongsi.

Pertama, jodoh itu rahsia Allah. Kalau anda seorang yang sedang bercinta, yakinkah anda pasangan anda itu akan menjadi milik anda sepenuhnya? Yakinkah anda itulah jodoh anda? Yakinkah anda hubungan itu berkekalan? Dan yang paling penting, yakinkah anda percintaan anda diredhai Allah?

Mahukah anda, Allah memisahkan cinta anda yang tidak disimpulkan dengan ikatan yang sah?

Jika benar anda cintakan orang itu, mengapa perlu berlandaskan cara yang dimurkai Allah? Mengapa perlu membelakangi hukum?

Bercinta itu tidak salah sekiranya dengan terjalin ikatan yang sah. Mengapa perlu mencintai orang lain andai kata tertulis di Luh Mahfuz jodoh kita bersama orang lain?
Mengapa perlu mencintai orang lain sebelum mencintai suami sendiri? Bukankah sepatutnya cinta itu harus menjadi milik si suami buat kali pertama dan terakhir? Mengapa perlu ada orang lain yang pertama?

Sesuci cinta, seindah cinta, hanya akan terserlah andai ia dilafazkan dan diluahkan pada yang sah. Kesian pada si suami apabila si isteri pernah mencintai orang lain sebelum dia. Keaslian cinta sudah tiada.

Benarkah anda mencintai dia?
Nak luahkan..? Silakan..
Luahkannya pada Allah.
Berdoa padaNya.
Katakanlah pada Allah yang anda cintai dia
tetapi sembunyikanlah cintamu itu daripada si dia.
Berserahlah pada Allah.
Yakinlah, andai cinta kita itu diserahkan kepada Allah untuk diaturkan, Allah akan mempersembahkan insan terbaik buat diri kita untuk mencintai dan dicintai. Serahkan segalanya pada Allah.
Percayalah, kalau jodoh, tak ke mana.
Doakan sahaja yang baik-baik.

Bercintalah kerana Allah.
Serahkan cinta pada Allah.
Cintailah Allah seagung-agungnya.
In Shaa Allah, Allah akan tunjukkan cintaNya pada kamu,
dengan menghadiahkan insan teristimewa.

Ya Allah, aku serahkan si dia pada engkau. Aturkanlah sebaiknya buatku ya Allah.

..Aku Cinta Pada Si Dia...

Hati Yang Telah Berubah

Wahai sahabat-sahabat yang sedang meneliti laman blog ini, satu lagi perkongsian ingin saya bawakan kepada anda. Dan perkongsian kali ini lebih ditekankan kepada anda semua yang bergelar umat Islam. Muslimin dan muslimat, ayuh sama-sama kita menghayati perkongsian kali ini.

Saat ini, saya sedang menaip satu bingkisan untuk dikongsikan. Hari ini adalah 19 Disember 2016. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita bakal meninggalkan fasa 2016 dan akan berhijrah ke alaf baru.

Bercerita sahaja tentang alaf baru, saya pasti anda di luar sana telah pun mempersiapkan diri untuk mengharungi tahun baru. Semestinya semangat itu dirasai oleh setiap orang. Semuanya akan menjadi baru. Azam baru, baju baru, handphone baru, dan banyak lagi. Sungguh tidak dinafikan, keterujaan itu mendorong kita untuk menjadi insan yang lebih baik pada hari-hari yang bakal ditempuhi. Alhamdulillah.. Tahniah dan syabas buat anda.

Pembangunan makin rancak. Ekonomi semakin stabil. Orang kita semakin bergaya. Teknologi semakin canggih. Ini satu perubahan yang sangat positif sebenarnya. Satu perubahan yang harus dibanggakan kerana kita telah pun membina tamadun manusia yang seiring dengan peredaran masa.

Bercerita tentang perubahan, kita telah melihat hebatnya perubahan yang berlaku di sekeliling kita. Tapi sayang, dalam kita menyanjungi perubahan yang kini berlaku, mungkin ramai antara kita semua tidak menyedari berlakunya perubahan yang tidak seharusnya terjadi dan membawa satu kesan yang tidak baik buat insan beragama Islam. Tetapi hakikatnya, ia sedang berlaku. Semakin lama, perubahan ini menyelinap masuk ke dalam jiwa orang Islam hingga akhirnya mengubah diri kita keseluruhannya.

Perubahan itu tak jauh, ia sangat dekat dengan diri kita. Kerana ianya berlaku pada diri kita sendiri. Tak percaya? Jangan cakap tak percaya. Nilai diri anda sendiri.

Fikir sedalam-dalamnya. Anda kini berubah mengikut fashion yang kini trending, berubah menjadi seorang yang lengkap kehidupannya dengan dikurniakan kemewahan yang tidak terjangkau.

Tapi anda harus ingat. Perubahan yang terjadi ini juga, punca kepada berubahnya hati anda. Ya! Inilah kebenarannya! Hati kita telah berubah! Inilah sesuatu perubahan yang dekat, tapi kita tak pernah fahami dan tak pernah sedari.

Dari miskin menjadi kaya. Yes! Kita berubah.
Tapi kayakah hati kita dengan amalan?
Kayakah hati kita dengan zikir kepada Allah?
Kayakah hati kita dengan menjunjung selawat kepada baginda Rasulullah?
Kayakah hati kita dengan cahaya iman?
Kayakah hati kita dengan cinta terhadap Allah?

Berubahkah kita?

Dari memakai baju lusuh, kita sekarang pakai baju berjenama. Brand yang trending. Yes! Kita berubah.
Tapi dari longgar menjadi ketat.
Dari labuh menjadi singkat.
Dari sopan kini menjolok mata.
Inikah yang dikatakan perubahan yang baik?
Berpakaian tidak mengikut syariat.

Berubahkah kita?

Dari kerja sebagai kuli, kini kerjaya memang cenggini..
Semua bisnes, tender, memang tak lupa.
Tapi lupakah kita bahawa kita ada Allah?
Lupakah kita rezeki itu milik Allah?
Lupakah kita hanya amalan dibawa bersama ketika di alam kubur?
Lupakah kita cinta pada harta tidak ke mana-mana?
Lupakah kita solat itu utama?
Lupakah kita siapa diri kita?

Hah? Ini dia.. Kita berubah..
Kalau dulu solat kita tak tinggal, tapi sekarang sejadah pon kita tak tau kita letak kat mana. Ini dia manusia di pengakhiran zaman. Kita berubah dengan melupakan Allah. Kita berubah dengan menjadikan duniawi sebagai Tuhan. Kita berubah dengan bersikap sombong kepada Allah Yang Maha Mengetahui.

Bukankah Allah telah berfirman,
"Jika kau mengingati Aku, Aku akan mengingati kau"
Tapi manusia berubah kerana lupakan Allah. Lupa bahawa kita adalah hambaNya.

Ramai yang berkata, tiada masa untuk beribadah. Kerja banyak sangat. Ini satu lagi perihal yang kita lupa.
"SEKIRANYA KITA MENGATURKAN MASA UNTUK ALLAH, ALLAH AKAN MENGATURKAN MASA UNTUK KITA. SESUNGGUHNYA ALLAH ITU SEBAIK-BAIK PENGATUR"

Jadi katakanlah, yang mana satu nikmat-nikmat Allah yang kamu hendak dustakan?

Janganlah kita menjadi orang yang lupa pada Allah. Jangan sombong dengan Allah.

Bimbang nanti kau akan tewas dengan keegoaan sendiri kerana hanya menyaksikan duniawi sebagai matlamat diri sedang akhirat sentiasa menanti.

Bekerjalah seperti kita akan hidup buat selama-lamanya, tetapi beribadahlah seperti kita akan mati esok.

Ayuh! Kalau kita hendak berubah, ubahlah juga hati agar sentiasa dekat dan ingat kepada Allah.

Allah bersama kita, Allah tidak memilih kasih, jadi siapa kita untuk meminggirkanNya? Berkuasakah kita?

Hanya pada Allah jua tempat kembalinya kita. Hanya pada Allah jua tempat kita bergantung.

Moga kita terus istiqamah untuk menjadi insan teristimewa di sisi Allah. Moga-moga kitalah hamba Allah yang berada di bawah limpahan kasih sayangNya yang tidak terbatas. Berdoalah agar kita dikurniakan mahligai syurga serta dipermudahkan urusan di hari perhitungan.

Wallahualam. Assalamualaikum wbt.

Wednesday, 14 December 2016

Prinsip Bicara

Kita ni sebagai manusia banyak je kan benda nak dibualkan? Ada jer cerita kita. Bangun pagi jer, terus turun katil, mandi cepat2, pakai baju lawa2, pastu drive kereta pergi jumpa kawan kat kedai kopi. Kalau sejam tu, dah 10 cerita kita habiskan. Kan kan?

Sepanjang perbualan kita tu, ada prinsip yang kita kena patuh. Ada batas yang kita kena jaga. Jangan main keluar jer ayat dari mulut tu. Prinsip bicara. Kena ada tatasusila. Bak kata arwah Tan Sri P.Ramlee, "tiada kata secantik bahasa". Bahasa kita tu kena jaga.

Dari bicara kita memikat
Dari bicara kita mengguris

Bimbangnya, kata-kata yang dizahirkan dari lidah kita akan menjadi satu senjata tajam yang akan melukakan hati si pendengar. Luka dalam hati ni takde orang yang nampak. Dan tak berdarah. Tapi kesakitannya tu lagi perit daripada ditikam bertalu-talu. Bila orang dah sakit hati dengan apa yang kita cakap, siapa yang menanggung dosanya? Kita ni haaa..

Jadi bagaimana nak jaga prinsip bicara ini?

Pertamanya, fikir sebelum cakap. Adakah perkara yang kita hendak bicarakan itu sesuatu yang baik atau tidak? Fikir sebaiknya. Kalau baik, sebarkan. Kalau tak baik, pepatah kata "biar pecah di perut,jangan pecah di mulut". Sebabnya kalau dah pecah di mulut, kita takkan dapat mengubah keadaan lagi.

Keduanya, tentang siapa kita bicara? Kita sebagai manusia, tentu ada silapnya. Tiada orang dapat lari dari kesilapan. Jadi mengapa kita nak bercerita tentang keburukan orang kalau dalam diri kita ini juga ada keburukannya. Orang juga memandang perkara ini. Kalau kita bercerita keburukan orang, bimbangnya keburukan itu mendatangkan masalah kepada kita. Malah lebih teruk. Takutnya aib kita pula dibuka. Tak usahlah kita nak bercerita tentang sikap buruk orang sebab karma itu ada. Tak kira siapa orang itu.

Moga moga kita semua dapat memelihara prinsip bicara ini agar kita bukan sahaja menjadi orang yang dihormati di sisi masyarakat, tetapi kehidupan juga menjanjikan kesejahteraan buat kita. In Shaa Allah. Sama sama kita amalkan.

Friday, 11 November 2016

Pandangan Mata

Manusia dikurniakan sepasang mata untuk melihat. Hanya melalui sepasang mata ini sahaja, kita mampu melihat dunia yang cukup luas dan indah. Dengan sepasang mata ini, kita dapat melihat beribu ribu kerenah manusia di alam nyata ini. Hebat..sungguh hebat peranan sepasang mata ini. Namun begitu, persoalannya di sini, adakah kita memanfaatkan sepasang mata anugerah Ilahi ini ke arah kebaikan? Adakah kita menggunakan sepasang mata ini untuk kebenaran?

Dunia sekarang adalah dunia yang mempertontonkan kezaliman dan kejahatan. Kemungkaran kian berleluasa.

Sepasang mata inilah yang telah mengumpulkan segunung dosa buat hamba Allah bergelar manusia.

Sepasang mata inilah yang telah mendustakan kebenaran Yang Maha Esa.

Sepasang mata inilah yang menzalimi anak-anak syurga.

Apa yang sudah mata kita lakukan?
Apa lagi kezaliman yang kita hendak saksikan?
Apa lagi???

Harus diperingatkan,
di saat hari kebangkitan,
ketika tiupan sangkakala kedengaran,
pada saat itu,
bukan bibir kita membela nasib kita.

Tetapi,
Sepasang mata yang kita agung-agungkan ketika di dunia,
Itulah sehebat-hebat saksi
Atas setiap perilaku kita
Di atas bumi yang Allah pinjamkan.

Perihal pandangan mata
Yang menentukan
nasibmu di hari kebangkitan.

Mampukah mata ini,
Menghadiahkan istana syurga?

atau

Mata ini,
Mengheret ke lubang neraka?

Semoga kita peroleh manfaatnya.
Assalamualaikum wbt.

Friday, 21 October 2016

BERSYUKUR

Assalamualaikum. Selamat petang semua. Hari ni satu perkongsian baru untuk tatapan semua.

Setiap pagi, mak bagi duit RM3 pergi ke sekolah. Anak pula merungut, "alaa mak..takkan rm3 je? Mana cukup. "

Setiap hari mak masak nasi putih lauk ikan goreng, anak merungut, "alaa mak..ikan goreng lagi!!"

Setiap kali tiba hari kelahiran kita, mak bagi baju bundle buat hadiah. Anak merungut, " alaa mak..hari ni birthday orang laa..ni je ke hadiah?"

Asyik asyik "alaaa...."

Kuatnya merungut..

Kenapa tak tau nak bersyukur?

Orang bagi pon dah cukup bagus. Tak gitu?

Setiap apa yang datang kepada kita, itu adalah rezeki yang datangnya daripada Allah. Kalau kita asyik nak merungut dengan apa yang kita dapat, maknanya kita langsung tak bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Ni laa yang orang tua selalu cakap, "bagi betis nak paha".

Syukur dengan apa yang ada. Sebab kita masih bertuah. Allah bagi rezeki kepada kita. Allah jaga keperluan kita.

Tau tak, kat luar sana, beribu lagi manusia yang tak pernah hidup senang. Kadang2 tu tak pernah jumpa pon nasi. Tak pernah ada makanan yang mengenyangkan kat atas meja.

Tapi kita? Dah Allah bagi rezeki tu, merungut lagi. Memang tak tau bersyukur.

Kalau Allah tarik balik rezeki kita, macam mana?? Mampu ke kita nak hidup?

Sebab tu apa yang kita dapat, kita kena bersyukur walaupun sikit. Bersyukur dengan hati yang ikhlas. Sebut Alhamdulillah. Cakap terima kasih pada insan yang menghulurkan. Barulah berkat apa yang kita dapat.

Kena bersyukur tau. Jangan merungut. Syukur selalu.

Friday, 9 September 2016

Belajar Itu Ilmu

Assalamualaikum. Hai semua.
Hari ni nak share satu lagi benda.

Perkongsian kali ni lebih kepada student yg macam saya.. Yg mana bergelar student tu, aa meh jenguk.

Lama kan belajar?
Daripada kecil sampai laa habis form 5. Asyik duk belajar jerr.
Kalau yang nak sambung diploma and degree, belajar lagi.
Yang nak sambung master atau phD, lama lagi nak habis belajar.
Isshhh..memang takkan habis laa belajar nie.

Mesti stres kan?
Kena marah ngan cikgu, benda biasa.
Kerja skolah mcm bangunan KLCC, pon benda biasa.
Hari hari mention pasal homework, homework, homework.
Alahaii..bosannya..

"Bila laa nak habis belajar??"

Nie laa ayat yang paling famous among students.

Hari ni, saya nak share satu rahsia..

Awak nak tau tak kenapa awak rasa belajar tu bosan?

Nak tau?

Jawapannya, sebab awak dah set dalam minda awak yang belajar tu bosan.

Cuba awak bayang erk...
Mana lagi bosan?
Pergi sekolah hari2 untuk belajar chapter baru?
                   atau
Duduk rumah, goyang kaki, makan tidur makan tidur?

Kalau saya laa kan, duduk rumah lagi bosan. Sebabnya kita asyik buat benda sama.. Asyik makan, tidur...Issshhhh.. Boringnya.

Bila pergi sekolah ni, best sangat. Dapat jumpa kawan2, dapat join aktiviti sekolah, kadang2 tu dapat lepak ngan cikgu macam lepak ngan kawan. Best tau.

Belajar boring? Boring bila kita tak paham..memang laa boring..kenapa kita tak paham? Macam mane nak paham kalau time cikgu mengajar, duduk berbual ngan member. Macam mane ilmu tu nak masuk??

Bila kita dah paham betul2 chapter tu, perghhh...memang rase seronok laa..kenapa? Sebab masa tu kita mula sedar bahawa apa yang kita belajar kat sekolah tu akan digunakan dalam kehidupan seharian.

Kehidupan sebagai seorang pelajar laa yang paling best. Bila kita dah x sekolah nanti, masa tu laa kita berdepan dengan cabaran sebenar. Semua benda kena atasi sendiri. Hidup berdikari laa katakan. Ye laa, kena bayar bil elektirik, bil air, kereta lagi, rumah lagi, tanggung anak bini lagi..Stress nyerr..Masa tu baru kita teringat zaman sekolah dulu..mana ada semua ni kan?

Belajar ni takkan pernah habis sampai kita masuk kubur sebab ilmu tu terlalu luas untuk didalami. Sebenarnya, dengan apa yang kita dah ada sekarang ni, ianya tak cukup. Banyak lagi yang kita kena cari, kita kena kaji dan kita kena praktik berasaskan kepada sebuah ilmu.

Jangan cakap penatnya belajar. Belajarlah sebanyak mungkin. Hargailah waktu yang kita ada ini untuk belajar. Sebab kita adalah insan yang bertuah. Kita bertuah kerana dipilih untuk belajar. Masih ramai orang yang kat luar sana tiada kemampuan untuk belajar. Tak dapat rasa pon keseronokan pergi sekolah. Tak pernah kenal pon apa itu sekolah. Kita patut bersyukur sebab kita kenal huruf, kita kenal nombor, kita kenal tumbuhan, kita kenal haiwan. Kesian mereka yang tiada peluang untuk belajar. Kenapa kita yang diberi kemudahan untuk belajar masih mengeluh?

Hari nie, jom sama2 kita ubah diri dan sikap kita dengan menanam satu tekad iaitu belajar dengan sehabis baik, belajar dengan kesungguhan dan belajar dengan ketakwaan. Okeh?

Ahmad Ammar Dalam Kenangan

Setelah mendalami buku demi buku, cerita demi cerita, nasihat demi nasihat, terdetik di hati ini, " sudah berapa lama aku membuang masa?"

Terdiam dan terfikir buat seketika.

Anak muda yang telah dijemput ke rahmatullah pada 2 November 2013 telah mencetuskan fenomena yang begitu hebat dan masih bertahan hingga ke hari ini. Kematiannya telah menghidupkan hati-hati yang lalai dan terbuai dengan keindahan dunia. Malah hakikatnya, dia tidak mati. Cuma jasadnya sahaja yang tidak lagi bernafas. Dia masih hidup. Hidup di alam barzakh dengan bahagia yang hanya Dia yang tahu.

Satu petikan yang membuat aku begitu tersentuh, di saat-saat kematiannya menghampiri, dia telah menerima satu mimpi iaitu dirinya dibawa ke syurga dan dipertemukan dengan seorang bidadari yang sudah ternantikan dirinya. SubhanAllah. Siapa yang tak mahu bertemu bidadari. Beruntungnya engkau, wahai pemuda di bawah bayangan hijrah.

Kini, aku yakin, kau tidak mati. Kau hanya berpindah dari dunia yang fana ke alam yang kekal abadi. Pemergiannmu membangkitkan jiwa anak muda yang semakin hanyut. Sungguh mulia akhlak pekertimu. Kau hanya insan biasa, tetapi menjadi luar biasa kerana perjuangan dakwahmu.
Kau sudah berbakti. Moga kekal aman di sana. Aku ingin bertemumu kalau diizinkanNya.

Kau milikNya. Kau hanya pinjaman di dunia. Syahidmu terus terpahat di setiap jiwa. Aku merindui insan yang tak pernah ku kenali. Aku rindu kerana akhlakmu.

Moga pemergiannmu menjadi bimbingan buatku.

Ahmad Ammar Dalam Kenangan

Thursday, 8 September 2016

Bicara Berirama 4SC1

Kumpulan mana yang akan menang, bukanlah itu yang kami kejar.
Tapi apa yang kami persembahkan ialah yang terbaik walau ia hanya di peringkat kecil. KAMI SEMUA PEMENANG!!!! Kemenangan kami ini sangat bermakna kerana usaha kami tidak sia-sia. Bersyukur, sebab kami tunjukkan yang terbaik.

Inilah 4sc1 SMK HAMZAH.
Kami tak kenal bangsa
Tak kenal kaum
Apa yang kami tahu
Kami adalah satu
Dan akan tetap
Menjadi SATU.

Terima kasih kepada semua rakan,
Sebab sentiasa bersama
Sentiasa beri komitmen
Dan sentiasa tunjukkan
Kehebatan kita sebagai
Sahabat sejati.

Ini baru namanya, 1 Malaysia.

Tahniah dan terima kasih untuk segala-galanya.
Saat bersama korang adalah yang paling terindah
dan takkan pernah saya lupakan
untuk seumur hidup saya.

HIDUP 4SC1 2016 SMK HAMZAH

Tuesday, 6 September 2016

K e h i l a n g a n

Merah : Hai putih

Putih : Hai merah

Merah : Ingat tak, dulu saya ngan kuning selalu lepak sama-sama, pergi minum air kelapa petang2. Selalu bergosip kalau tak puas hati. Buat kerja skola waktu pagi datang skolah. Hahahaha

Putih : Ha'a..ingat ingat.. Best kan time tuu..Rindunyer...

Merah : Tapi hari nie, saya dah hilang dia.

Putih : Hilang dia? Maksudnya?

Merah : Orang yang pernah baik dengan saya, yang pernah bermain dengan saya, yang pernah nangis bersama saya, yang pernah gembira bersama saya, kini saya dah hilang dia.

Putih : Kenapa jadi macam tu?

Merah : Salah saya. Saya yang tinggalkan dia.Saya hina dia. Disebabkan kekayaan, saya maki dia. Saya cakap, dia tak layak berkawan dengan orang kaya macam saya. Dia kecil hati. Dia pernah cakap, dia takkan kembali kepada saya lagi. Jangan cari dia. Dia kata, dia sayang saya macam nyawa dia, tapi saya berkawan sebab harta je. Dia dah terkilan. Hati dia dah terluka. Dia dah kata, sampai bila-bila pon, dia takkan kembali untuk berkawan dengan saya lagi. Dia kata cukuplah sekali. Hari ni, saya menyesal.
Saya dah kehilangan dia...

Berat sungguh rasa kehilangan ini kan? Jangan sebab harta, kita hilang orang yang 'paling berharga' dalam hidup kita. Kerana rasa kehilangan itu memang berat. Kehilangan yang meninggalkan luka di hati, sungguh memeritkan. Jangan sampai diri kita pula rasa kehilangan. Ingat, kehilangan itu sengsara.

Warkah buat Hati Yang Luka

Satu situasi yang mana kita meletakkan diri kita pada diri orang lain. Bila orang mengadu, mengeluh, bersedih, kita juga merasai apa yang dirinya rasai. Tapi, perasaan yang kita cuba rasai, takkan pernah sama dengan perasaan si yang benar-benar merasai. Kalau kita tumpang gembira, orang yang meraikan kegembiraan itu sudah pon melonjak-lonjak. Kalau kita turut rasa simpati pada nasib seseorang, orang yang kurang bernasib baik itu sejuta kali lebih terasa peritnya. Mungkin ini tak mampu untuk menyelesaikan masalah. Tapi, sekurang-kurangnya, perkongsian pada kali ini lebih kepada pendekatan hati ke hati agar wujud rasa memahami, agar beban itu dapat dipikul bersama.

Duhai para hati yang sedang berduka,
Jika kamu sedang membaca ini, saya cuba untuk berada di tempat awak. Peritkan kesedihan? Dugaan yang hadir tu kadang-kadang sesuatu yang kita tak terlintas pun pada kotak fikiran kita untuk berlaku. Namun ia tetap berlaku, dan dugaan itu memang berat untuk ditanggung. Bagaikan memikul sebuah batu sebesar bukit. Tak terdaya. Benar kan?

Hati ini tidak kuat. Tak mampu untuk tanggung dugaan ini. Kenapa aku yang harus menanggungnya?

Persoalan demi persoalan mula hadir tatkala hati sedang bergolak. Dugaan yang membuatkan diri hendak rebah ke bumi, dugaan yang menyebabkan titisan air mata membasahi pipi, dugaan yang membuat diri ini menyerah kalah. Tersungkur di pertengahan masa.

Wahai hati yang berduka,
Maaf kerana di sini, tak mampu untuk ku bantu merawat hatimu itu. Tapi ingin ku katakan, setiap dugaan itu hadirnya dari Sang Pencipta. Dugaan itu hadir kerana Dia sayangkan kita. Dugaan itu bagaikan satu utusan untuk kita kembali ingat kepadaNya.

Saat kamu lemah dengan dugaan itu, carilah kekuatan. Carilah ketenangan. Jangan sibukkan diri dengan perkara yang makin menyerabutkan. Kalau kita nak lawan dugaan itu, lawanlah ia dengan baik iaitu kuatkan semangat. Hati mesti kental.

Kemudian, sentiasalah berfikiran positif. Positif dengan mengatakan, "aku mampu atasi semua ini". Positif adalah satu terapi minda. Minda yang dikawal dengan baik akan mempengaruhi perasaan yang bergolak itu agar kembali tenang.

Kalau nak lihat orang lain kuat, kuatkan hatimu terlebih dahulu. Everything will just be fine.

Berserahlah kepada takdir. Jika kita percaya akan ketentuanNya, moga2 kita tidak jatuh kerana dugaan yang hanya sedikit di muka bumi ini. Mudah-mudahan, sesuatu perkara yang baik akan tiba suatu hari nanti. Teruskan berdoa sesuatu yang baik. Teruskan yakin dengan diri. Kesedihan itu akan hilang.

Sesungguhnya, Dia Maha Adil. Segala yang buruk yang kita tempuhi dengan rasa kesabaran, In Shaa Allah, Allah akan gantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Malah, mungkin ia akan hadir sebagai sesuatu yang luar dari jangkaan.

Aku bersamamu, kami bersamamu..
Lap lah air mata kedukaan itu kerana orang di sekelilingmu bersedia di belakang kamu.

Ukirlah satu senyuman. Kebahagiaan itu akan tiba.

Friday, 2 September 2016

Ruang Angkasa

Seorang ikon angkasawan ada berkata,
"tak jauh pon nak pergi angkasa lepas ni..betul..lebih kurang 300m jer.."

Uishh..dekat jer nak pergi angkasa lepas..tapi jarak yang dekat camtu pon masih susah kita nak pergi kan?

Rumusannya sangat simple. Perkara ni sama dengan situasi diri kita. Kadang-kadang tu kejayaan ada depan mata jer..boleh grab bila-bila masa..Tapi bukan senang.. Pepatah kan ada cakap, "kejayaan takkan datang bergolek". Usaha banyak perlu dilakukan.. Tumpuan perlu 100%. Latihan perlu konsisten. Komitmen perlu tinggi. Dan yang paling penting, pengorbanan yang kita lakukan semata-mata nak dapatkan kejayaan itu.

Alahai...payahnya..

Eh xpayah pon. Setiap penat lelah kita tu akan jadi seronok kalau kita lakukan dengan hati yang sangat tulus dan ikhlas. Segala-galanya kita percaya bahawa apa yang dilakukan itu ada balasannya. Kalau kita buat sesuatu untuk perkara yang baik, maka balasan yang baik juga datang pada kita. Percaya pada takdir. Tak mustahil untuk kita berada di ruang angkasa.

Pencetus Revolusi Gerakan Anak Muda

Dalam diri ini, aku memendam satu tanggungjawab.
Tanggungjawab yang hanya aku dan Dia yang tahu.
Tak mengapa kalau ada yg membantah...
Tak mengapa kalau ada yg menentang..
Kerana aku yg melakukannya,
bukannya orang lain..
Ini gerakanku
Ini permulaanku
Ini semangatku
Ini perjuanganku
Kalian bukanlah sesiapa untuk menghalang apa yang aku perjuangkan.
Matlamatku hanya satu
iaitu mengubah pandangan dunia
pada insan yang bergelar anak muda.
Aku tak mahu berada dalam kepompong lama lagi.
Biarlah di usia muda ini,
aku memperjuangkan
sesuatu yg tak pernah anak muda lain perjuangkan.
Darjat anak muda seharusnya diangkat,
bukan disisih masyarakat.

Anak muda...
Kalau kamu bersamaku,
Bantulah aku
Untuk sama-sama membawa perubahan baru
Kerana dunia makin huru hara
Makin tak terurus dibuatnya
Masa masih ada...
Untuk kita perbetulkan segalanya..
Ayuh bersamaku..
Kita jadi anak muda yang berbakti,
bukan mengkhianati.
Kita jadi anak muda kebanggaan pertiwi,
bukannya berdiam diri.

Ini adalah MISI
Pencetus Revolusi Gerakan Anak Muda

Tuesday, 30 August 2016

ANAK MUDA JIWA MERDEKA

Aku Anak Merdeka
Aku bangga menjadi anak Malaysia
Aku bangga tanah airku adalah Malaysia
Aku bangga kerana bergelar rakyat Malaysia

31 Ogos..
Menjadi detik yang penuh bersejarah
Penuh gemilang
Di saat kita bebas dari penjajahan
Untuk menghayati
JIWA MERDEKA

Melayu, Cina, India
Hidup aman sentosa
Di bawah payung merdeka
Teguh membina tamadun bangsa
Inilah istimewanya Malaysia.

Rakyat Malaysia
Akan saling memegang erat
Perpaduan yang kukuh tercipta
Bagi membangun bersama
Menjadi warga kemegahan dunia
Menjadi rakyat yang cinta negara
Kerana kami rakyat Malaysia
Kerana kami SEHATI SEJIWA

MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!

Aku Maafkan Kau

Didiklah hati untuk menjadi orang yang memaafkan. Biarlah besar kesalahan seseorang itu terhadap kita, tapi hebatnya kamu bila kamu dapat memaafkannya. Indah betul perkataan "memaafkan" ini. Pilihlah untuk memaafkan daripada menyimpan dendam yang hanya merugikan diri sendiri. Dendam itu bagaikan mencurah minyak ke api yang menyala. Ia menjadi semakin marak. Tapi memaafkan umpama kita memilih air untuk memadamkan api itu. Kan settle masalah..

Wednesday, 24 August 2016

B E L A J A R

Kalau hari ini kamu memilih untuk berhenti daripada terus berjuang sebagai penuntut ilmu, maka bersedialah untuk menanggung peritnya kebodohan.

Monday, 22 August 2016

Momo Funniest Story - Credit by Amir Imran

Hey guys! You better watch this out. All of you should not miss to read this Momo's story that was written in the scariest form at first, but now turns so hilarious as it was developed by my friend a.k.a GG fan. He is Amir Imran. You will enjoy it very much.

The scariest scene happened when my mother and I saw Momo was holding a sharp knife with blood on it.I saw her face with scars and then she saw me with my mother. I was so petrified and then both of me and my mother ran to my mom's room quickly as quick as lightning and I could hear Momo's stomps. When we went into my mom's room, I locked the door. Momo knocked the door rapidly for about a minute and then it became silent. I wondered why it became so silent. After that, we heard my father's voice. I wondered " is it my real father's voice?" and my mother say "is it you, honey?" with a loud voice. My mother peek through the hole on the door. Apparently, it just Momo's voice who tried to dub my father's voice. Then, Momo saw my mother eye was peeking on her. Momo started to stride quickly towards my mom. Then, "arghhh" someone has screamed. I wondered who was screaming. My mom was peeking at that moment and she said " it was Momo's voice screaming for help because she was trapped on rat trap". Then, I opened the door to look out how she was and she was completely trapped. Thus, I made fun of her by making ugly and hideous faces. She was shocked. Abruptly, Momo passed out because of heart-attack. I looked myself in the mirror at the wall in front me. I started to ask who's this face. I passed out for a moment. My mom tied Momo to the chair when Momo was passing out. For about 5 minutes later, she woke up,and realized that she was tied to the chair and I woke up on the couch. My mom started to ask "what do you want from my family?" and then Momo replied " I just want a little girl's blood to stay alive". My mother got a baseball bat and kill Momo by hitting her. Momo died because her wrecked.I hugged my mom and promise to not buy the dolls anymore.

It's funny, right? Hahahahaha. Well done Amir. The examiner will smile for sure. We love this out of sense story.

Sunday, 21 August 2016

S E M A N G A T

Semangat adalah saat di mana hati kita terdetik untuk buat sesuatu perkara yang gempak dan luar biasa. Itu semangat. Kalau boleh, kekalkan semangat itu hingga impian menjadi kenyataan. Jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam. Tapi apa yang bestnya tentang semangat ni, bila rasa semangat tu tinggi melangit, kita akan cari jalan walau susah macam mana sekalipon untuk membuktikan bahawa semangat kita bukan hanya satu mimpi. Saya share sebab saya lalui semua tu. Semangat ni membuatkan kita dah tak nampak benda lain, dah tak kesah pasal orang yang bang kita, kita cuma nampak satu matlamat yang hendak digenggam. Itulah yang kita inginkan. Terus bersemangat, kekal bersemangat dan tambahkan semangat itu. Jangan berhenti, jangan ubah fikiran. Kalau dah semangat itu yang mendorong kita mengejar kejayaan, then keep it up ! 

JANJI BUKAN SEKADAR JANJI

Lebih baik jangan berjanji kalau belum pasti dan tak yakin mampu untuk tunaikannya. Sebab bila berjanji, maka orang akan bagi harapan. Janji yang dimungkiri akan meninggalkan luka yang pedih dalam hati si pemegang janji. Bagi mereka yang mengharapkan janji itu ditunaikan, janganlah terlalu bersedih kerana tidak tertunai janji itu. Kerana manusia hanya mampu merancang. Mungkin ada sesuatu berlaku ketika itu. Bukalah minda untuk kekal menjadi orang yang positif. Jangan hidup dalam satu pemikiran yang sempit.

Friday, 19 August 2016

Bukan tempat kedua, tetapi sudah pun juara

Hendak memiliki kilauan pingat perak ini bukan berlatih selama sehari. Tetapi mengambil masa selama berbulan - bulan malah bertahun-tahun latihan yang konsisten perlu dijalankan. Kekuatan fizikal dan mental menjadi kunci kejayaan. Mereka ni hebat sebab dapat bertahan dengan latih tubi yang dibuat. Inilah yg membuka jalan mereka hingga membawa nama Malaysia ke gelanggang final. Kami bangga dengan kalian. Tan Wee Kiong dan Goh V Shem, anda sudah pun juara di hati kami. Kami tau anda dah buat sehabis baik. Anda dah bermati-matian untuk dapatkan kemenangan. Kita mungkin bukan juara acara badminton beregu lelaki, tetapi semangat yang anda tunjuk sudah membuktikan bahawa kami kagum, bangga dan tak pernah kesal kerana menghantar anda berdua sebagai wakil Malaysia. Tahniah dan syabas. Team Malaysia memang hebat. Well done guys!
#ayuhmalaysiaku
#malaysiaboleh

Wednesday, 17 August 2016

BERANI KERANA BENAR

Pernah tak jadi mangsa khianat? Pernah tak dituduh buat jahat?
Pernah tak???

Kalau pernah, apa yang anda semua buat? Larikan diri? Berkurung dalam bilik? Tak makan 3 hari?

Alahaii.. Kenapa susahkan diri sampai macam tu sekali? Tak yakin ke yang kita berada di pihak yang benar? Takut ke dengan cemuhan orang?

Buat apa nak peduli..? Kalau kita berada di pihak yang benar, jadi tunjuklah yang kita nie tak salah. Jangan buat perkara yang makin menunjukkan kita ni bersalah. Buat selamba jer. Act like how u used to be. Keep standing there ! Jangan berganjak. Pertahankan kebenaran. Tepis segala tohmahan. Yakinlah, jika kita berada di pihak yang benar, kita akan menang jugak. Tak kisahlah bila, tapi kita tetap akan menang. Sebab? Kebenaran akan tetap terbongkar walau macam mana ada pihak yang memutar belitkannya hingga menjadi fitnah. Sementara nak tunggu kebenaran terbongkar? Sabar dan terus bertahan.

Kak Tasha, macam mane nk berani?

Mau terkejut kak wahai adik2 sekalian bila soalan camni yg adik2 tanya. Haha. Tapi alang2 dah tanya tuu, boley laa nk bagitau sikit.

Macam mana nak jadi berani?
Bukan pada kak tasha yang adik2 perlu tanya soalan ni. Persoalan tu perlu timbul dalam diri adik2 sendiri. Cer tanya diri tu, apa yang korang takutkan sebenarnya? Orang suruh bercakap kat depan je dik. Bukan suruh berperang dengan harimau. Apa yang adik2 malukan? Orang akan lebih hormat dan rasa kagum ngan adik2 bila berjaya bercakap kat depan. Awak semua berani sebenarnya, cuma tak guna sebaiknya. Keberanian itu datang bila kita sendiri yang tunjukkan. Kalau awal lagi dah tarik diri, dah taknak bercakap kat depan, bila nak jadi orang yang berani? Kena mulakan dulu. Lawan laa perasaan takut dan malu tuu. Lawan je. Sampailah kita takkan rasa takut lagi bila nak berdepan dengan khalayak ramai.

#sayangumiselamanya

Tiada insan yang lebih kuat hatinya selain dia yang bergelar ibu. Ibu ini terlalu dahsyat kerana boleh menahan peritnya kesakitan ketika melahirkan kita, boleh menahan perangai kita yang menjengkelkan, dan berkorban segalanya untuk melihat kita berjaya. Hargai, kasihi dan sayangilah ibu kita kerana ibu adalah insan teristimewa. Tak terungkap istimewanya seorang ibu ini.
#sayangumiselamanya

JANGAN MENYERAH

Member tasha yang sorang tu pernah berpesan, "when u say u will never give up, then u have to give it all out" ada kebenaran di sebalik kata-kata itu. Yeah. We have to give it all out !

BANGKITKU DARI KESEDIHAN

Satu perkara biasa melihat mereka di luar sana menitiskan air mata. Ada dua perkara yang melambangkan titisan air mata itu. Pertama, kesedihan, dan kedua, kegembiraan. Tapi, jarang melihat air mata kegembiraan. Hakikatnya, hampir seluruh manusia di bumi ini menangis kerana sedih, kerana terluka, kerana kecewa. Kalau menangis menjadi penawar kepada hati yang luka, maka menangislah. Menangislah hingga perasaan sedih itu hilang. Menangislah hingga kamu dah tak larat nak menangis. Selepas itu, janjilah dengan diri kamu, bahawa kamu takkan menangis atas sebab yang sama. Bangkitlah! Tunjukkan kepada dunia, bahawa kamu memang seorang yang tabah. Kamu seorang yang kuat. Jadikan tangisan itu hanya sebagai saat yang kamu perlukan untuk berehat seketika. Sesudah itu, bangunlah dan mulakan balik apa yang telah kamu mulakan sampai suatu hari nanti, orang tak boleh nak kecam kamu kerana hebatnya kamu mengorak langkah walau hati tengah beradu sakit. Hatimu kuat.. Itu aku yakin.. Inilah dia... "BANGKITKU DARI KESEDIHAN"

L O V E

Penangan cinta...memang hebat... Sekali hati terusik dgn kata cinta, bagaikan alam ini tiada taufan melanda, tiada petir menyambar serta tiada gurun menyapa. Seakan semuanya kelihatan indah bersama belaian bayu yang singgah di pipi sejenak.Bukan salah untuk bercinta. Bukan salah untuk mencintai. Bukan salah untuk dicintai. Tapi, ambillah waktu seketika untuk kita renung kembali hati yang mengatakan "aku cinta dia". Sebelum insan itu hadir dalam diri kita, lupakah kita, bahawa ada Sang Pencipta yg mencintai kita? Adakah kita mencintainya juga? Adakah rasa cinta terhadap Dia sama dgn perasaan cinta terhadap si dia..? Insan yg kau katakan sebagai kekasih tanpa ikatan yg halal itu hanyalah permainan di dunia. Kenapa tidak dicari cinta yg hakiki untuk dibawa ke syurga bersama? Kalau benar kau hendak bercinta, sampaikanlah rasa cinta itu dengan ikatan yang sah. Itulah ikatan " Suami Isteri ". Kerana cinta di atas ikatan yang sah itu memang ada kebahagiaannya yang tersembunyi.

Saturday, 13 August 2016

Jemputan sebagai Emcee

Hendak menjadi seorang yg berjaya, bukan mudah. Perlu bermula dari bawah. Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan.

Friday, 12 August 2016

SAHABAT

Jadilah sahabat yg bukan hanya melafaz kata sayang di bibir, tapi sayang itu jugak diceritakan kepada Allah melalui doa. Tak nak hilang kawan? Jadi kukuhkanlah ikatan itu dengan doa kerana doa adalah tali yg takkan pernah putus.

MOTIVATOR MUDA PRS

Kami Pembimbing Rakan Sebaya, berpegang pada kata slogan "bina diri bantu rakan". Apabila diamanahkan untuk membawa tanggungjawab sebagai Motivator Muda, bukan perkara yg mudah. Pelbagai usaha, masa yg telah kami korbankan demi memikul amanah ini. Alhamdulillah, Alhamdulillah,  Alhamdulillah. Hanya kalimah ini yg terungkap di bibir kami. 11 Ogos 2016, menjadi saksi kepada kejayaan kami, apabila kami berjaya membawa amanah ini hingga para mentor kami bersuara "kami bangga ada anak didik seperti kalian". Bagai hendak menitis air mata perjuangan ini. Terima kasih semuanya. Benarlah, KITA SEMUA JUARA!!

PRS HAMZAH sentiasa terulung

GERAKAN ANAK MUDA

GERAKAN ANAK MUDA

Di saat ini, kau dan aku adalah anak muda. Memikul sebuah tanggungjawab dan perjuangan yg cukup besar. Anak muda yg perlu berbakti kpd diri sendiri, kepada ibu bapa, kepada masyarakat bahkan kepada negara. Tapi hari ini, anak muda seperti ini sudah hilang. Entah ke mana perginya. Dunia hampir musnah gara-gara sikap anak muda sendiri. Anak muda adalah harapan kepada si tua, tapi hari ni, si tua sudah hilang kepercayaan kepada anak muda. Malah menjadi takut dgn mereka yg bergelar anak muda.

Mana hilangnya anak muda kebanggaan kami??