Setelah mendalami buku demi buku, cerita demi cerita, nasihat demi nasihat, terdetik di hati ini, " sudah berapa lama aku membuang masa?"
Terdiam dan terfikir buat seketika.
Anak muda yang telah dijemput ke rahmatullah pada 2 November 2013 telah mencetuskan fenomena yang begitu hebat dan masih bertahan hingga ke hari ini. Kematiannya telah menghidupkan hati-hati yang lalai dan terbuai dengan keindahan dunia. Malah hakikatnya, dia tidak mati. Cuma jasadnya sahaja yang tidak lagi bernafas. Dia masih hidup. Hidup di alam barzakh dengan bahagia yang hanya Dia yang tahu.
Satu petikan yang membuat aku begitu tersentuh, di saat-saat kematiannya menghampiri, dia telah menerima satu mimpi iaitu dirinya dibawa ke syurga dan dipertemukan dengan seorang bidadari yang sudah ternantikan dirinya. SubhanAllah. Siapa yang tak mahu bertemu bidadari. Beruntungnya engkau, wahai pemuda di bawah bayangan hijrah.
Kini, aku yakin, kau tidak mati. Kau hanya berpindah dari dunia yang fana ke alam yang kekal abadi. Pemergiannmu membangkitkan jiwa anak muda yang semakin hanyut. Sungguh mulia akhlak pekertimu. Kau hanya insan biasa, tetapi menjadi luar biasa kerana perjuangan dakwahmu.
Kau sudah berbakti. Moga kekal aman di sana. Aku ingin bertemumu kalau diizinkanNya.
Kau milikNya. Kau hanya pinjaman di dunia. Syahidmu terus terpahat di setiap jiwa. Aku merindui insan yang tak pernah ku kenali. Aku rindu kerana akhlakmu.
Moga pemergiannmu menjadi bimbingan buatku.
Ahmad Ammar Dalam Kenangan
No comments:
Post a Comment