Hari ni si Natasha rajin pulak menulis blog ni kan? Jom, nak mendalami satu lagi perkongsian tak? Yang ni mesti best!!! Lagi-lagi anda yang bergelar wanita. Wahh! Soal cinta.. Best u ollss.. Kena ngan taste gituuuu.. Okay, hari ni kita sweet sikit..
...AKU CINTA PADA SI DIA...
You guys dah bersedia? Let's go!
Apa yang anda faham dengan cinta?
Dalam ruang kotak fikiran anda sekarang ni mesti ada jawapan tersendiri. Lain orang, lain pendiriannya. Persoalan ini tentunya terjawab dengan pendapat yang berbeza. Kerana hanya anda sahaja yang memahami apa itu erti cinta buat diri anda.
Soal cinta terlalu meluas.
Ada yang menyampaikan erti cinta dalam bentuk kiasan,
"umpama alam ini milik kita berdua"
"bagai pungguk rindukan bulan"
"seperti cincin dan permata"
Ada dalam bentuk lirik lagu,
"Cinta...lelaki teragung... Membuat diri berbahagia.. Kaulah kekasih di dunia..dan di syurga.." -Dayang Nurfaizah Lelaki Teragung.
Ada juga dalam bentuk diari. Tentunya pelbagai luahan rasa yang terkandung dalam diari tersebut.
Cinta diibaratkan sebagai sesuatu yang indah. Dan diluahkan dalam bentuk yang berbeza. Kerana cinta, hidup dirasakan lebih bahagia.
Menjadi fitrah buat semua insan untuk berkasih-sayang. Manusia diciptakan berpasangan. Hebatkan aturan Allah ini? Setiap orang telah tertulis jodohnya. Siapa? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Allah menciptakan perasaan cinta sebagai sesuatu yang terlalu indah. Suatu perasaan yang harus dihargai oleh setiap insan. Kerana perasaan cinta ini adalah nikmat daripada Allah kepada makhluk ciptaanNya yang dimuliakan iaitu manusia.
Tetapi hari ini, cinta telah dipesongkan. Cinta telah disalah tafsir oleh manusia. Cinta diluahkan dengan salah.
Kerana itu, banyak cerita yang kita dengar tentang wanita yang dilukai kerana cinta. Lelaki yang hilang segalanya kerana cinta. Keluarga yang terputus hubungan kerana cinta. Anak dibuang kerana cinta. Segala perkara yang tidak baik yang berlaku kebanyakkannya angkara cinta. Telah menjadi bualan ramai hari ini, dikatakan cinta itu menyakitkan. Cinta itu mengecewakan.
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,
Bukankah Allah menciptakan perasaan cinta itu sebagai sesuatu yang indah?
Bagaimana pula dikatakan cinta itu menyakitkan?
Penjelasan yang jelas tentang cinta ini sangat senang.
Bukan cinta yang menyakitkan.
Tetapi anda yang membuat cinta itu sakit.
Adakah anda sedang bercinta dengan seseorang ketika ini?
Jika ya, ada beberapa perkara laa yang blogger nak kongsi.
Pertama, jodoh itu rahsia Allah. Kalau anda seorang yang sedang bercinta, yakinkah anda pasangan anda itu akan menjadi milik anda sepenuhnya? Yakinkah anda itulah jodoh anda? Yakinkah anda hubungan itu berkekalan? Dan yang paling penting, yakinkah anda percintaan anda diredhai Allah?
Mahukah anda, Allah memisahkan cinta anda yang tidak disimpulkan dengan ikatan yang sah?
Jika benar anda cintakan orang itu, mengapa perlu berlandaskan cara yang dimurkai Allah? Mengapa perlu membelakangi hukum?
Bercinta itu tidak salah sekiranya dengan terjalin ikatan yang sah. Mengapa perlu mencintai orang lain andai kata tertulis di Luh Mahfuz jodoh kita bersama orang lain?
Mengapa perlu mencintai orang lain sebelum mencintai suami sendiri? Bukankah sepatutnya cinta itu harus menjadi milik si suami buat kali pertama dan terakhir? Mengapa perlu ada orang lain yang pertama?
Sesuci cinta, seindah cinta, hanya akan terserlah andai ia dilafazkan dan diluahkan pada yang sah. Kesian pada si suami apabila si isteri pernah mencintai orang lain sebelum dia. Keaslian cinta sudah tiada.
Benarkah anda mencintai dia?
Nak luahkan..? Silakan..
Luahkannya pada Allah.
Berdoa padaNya.
Katakanlah pada Allah yang anda cintai dia
tetapi sembunyikanlah cintamu itu daripada si dia.
Berserahlah pada Allah.
Yakinlah, andai cinta kita itu diserahkan kepada Allah untuk diaturkan, Allah akan mempersembahkan insan terbaik buat diri kita untuk mencintai dan dicintai. Serahkan segalanya pada Allah.
Percayalah, kalau jodoh, tak ke mana.
Doakan sahaja yang baik-baik.
Bercintalah kerana Allah.
Serahkan cinta pada Allah.
Cintailah Allah seagung-agungnya.
In Shaa Allah, Allah akan tunjukkan cintaNya pada kamu,
dengan menghadiahkan insan teristimewa.
Ya Allah, aku serahkan si dia pada engkau. Aturkanlah sebaiknya buatku ya Allah.
..Aku Cinta Pada Si Dia...
No comments:
Post a Comment