Satu perkara biasa melihat mereka di luar sana menitiskan air mata. Ada dua perkara yang melambangkan titisan air mata itu. Pertama, kesedihan, dan kedua, kegembiraan. Tapi, jarang melihat air mata kegembiraan. Hakikatnya, hampir seluruh manusia di bumi ini menangis kerana sedih, kerana terluka, kerana kecewa. Kalau menangis menjadi penawar kepada hati yang luka, maka menangislah. Menangislah hingga perasaan sedih itu hilang. Menangislah hingga kamu dah tak larat nak menangis. Selepas itu, janjilah dengan diri kamu, bahawa kamu takkan menangis atas sebab yang sama. Bangkitlah! Tunjukkan kepada dunia, bahawa kamu memang seorang yang tabah. Kamu seorang yang kuat. Jadikan tangisan itu hanya sebagai saat yang kamu perlukan untuk berehat seketika. Sesudah itu, bangunlah dan mulakan balik apa yang telah kamu mulakan sampai suatu hari nanti, orang tak boleh nak kecam kamu kerana hebatnya kamu mengorak langkah walau hati tengah beradu sakit. Hatimu kuat.. Itu aku yakin.. Inilah dia... "BANGKITKU DARI KESEDIHAN"
No comments:
Post a Comment