Tuesday, 23 January 2018

S I N I S

Assalamualaikum saudara saudari yang saya muliakan.

S I N I S


wow. sinis.. apa yang menarik berkenaan sinis ni? apa itu sinis? Baiklah hari ini saya akan terangkan kepada anda apa itu sinis. 

Sinis itu adalah sebuah sindiran. Kita boleh takrifkan sinis dalam dua kategori. Boleh jadi ia berbaur unsur positif, yang pada pengakhirannya akan menyimpulkan sebuah kebaikan. Tapi , sekarang sungguh mencabar kerana sinis untuk kebaikan adalah 1 per 10 yang kita akan temui. Ramai masyarakat kini lebih cenderung ke arah amalan sinis kategori kedua, iaitu sinis negatif, yang meyiratkan seribu hasad dengki. Kesannya, anda lihat sendiri apa yang terjadi pada hari ini.

Maka dengan itu, apa kata kita cuba beralih angin untuk menyelongkar apa yang ada pada sinis positif, yang jarang dilakukan ini..

Kebiasaannya, apabila kita menerima suatu sindiran, mesti rasa kembang kecut je kan hati? Rasa panas jerr. Mengapa kita tak cuba mendalami nasihat yang cuba disampaikan? Mengapa tewas terhadap bisikan iblis yang menyemarakkan api kebencian? 

Sebab itu kita diajar untuk berdiam apabila menerima suatu sindiran. Berdiam itu bukan sekadar terapi untuk menyejukkan hati yang menggelegak, tetapi berdiam diri juga adalah kesempatan untuk kita berfikir dan mencari intipati nasihat yang cuba disampaikan oleh seseorang berbentuk sindiran.

Ada segelintir masyarakat yang tidak dapat menyuarakan nasihat sebagai pedoman itu melalui percakapan yang berhemah. Tetapi bagi mereka, sindiran adalah nasihat yang paling cepat untuk sampai ke hati serta padat dengan pengisian yang tepat. Cuba anda fikirkan kembali, bukankah tindakan itu benar?

Oleh hal yang demikian, HUSNUZON itu penting. Jangan mudah bersangka buruk kepada sesiapa yang anda temui. Saya yakin ramai antara kita yang pernah makan cili kerana menerima kata-kata sinis daripada mereka yang lebih tua, kan? Namun apakan daya, yang tua lebih dihormati. 

Ya benar, yang tua lebih dihormati. Tapi saya rasa adalah lebih tepat sekiranya kita memegang kepada prinsip kehidupan, " orang yang lebih tua sudah makan garam terlebih dahulu ". Mereka lebih kenal rencah kehidupan ini. Jadi, tidak hairanlah kalau mereka menyindir anak muda pada masa kini kerana ada nasihat yang mereka ingin sampaikan, moga-moga kita tidak tersungkur dalam kancah permainan alam fana. 

Oleh itu, bukankah ada perspektif yang positif yang anda boleh semaikan dalam diri anda? Sinis itu perlu, tapi biar bertempat, dan kena pada masa. Jika buruk dipandang, maka buruklah sinis itu. Tapi jika baik dipandang, baiklah sinis itu. Arwah Tan Sri P.Ramlee pernah berpesan "buang yang keruh, ambil yang jernih, baru teguh peribadi".

Wallahualam.

Sunday, 18 December 2016

Aku Cinta Pada Si Dia

Hari ni si Natasha rajin pulak menulis blog ni kan? Jom, nak mendalami satu lagi perkongsian tak? Yang ni mesti best!!! Lagi-lagi anda yang bergelar wanita. Wahh! Soal cinta.. Best u ollss.. Kena ngan taste gituuuu.. Okay, hari ni kita sweet sikit..
...AKU CINTA PADA SI DIA...

You guys dah bersedia? Let's go!

Apa yang anda faham dengan cinta?
Dalam ruang kotak fikiran anda sekarang ni mesti ada jawapan tersendiri. Lain orang, lain pendiriannya. Persoalan ini tentunya terjawab dengan pendapat yang berbeza. Kerana hanya anda sahaja yang memahami apa itu erti cinta buat diri anda.

Soal cinta terlalu meluas.
Ada yang menyampaikan erti cinta dalam bentuk kiasan,
"umpama alam ini milik kita berdua"
"bagai pungguk rindukan bulan"
"seperti cincin dan permata"

Ada dalam bentuk lirik lagu,
"Cinta...lelaki teragung... Membuat diri berbahagia.. Kaulah kekasih di dunia..dan di syurga.." -Dayang Nurfaizah Lelaki Teragung.

Ada juga dalam bentuk diari. Tentunya pelbagai luahan rasa yang terkandung dalam diari tersebut.

Cinta diibaratkan sebagai sesuatu yang indah. Dan diluahkan dalam bentuk yang berbeza. Kerana cinta, hidup dirasakan lebih bahagia.

Menjadi fitrah buat semua insan untuk berkasih-sayang. Manusia diciptakan berpasangan. Hebatkan aturan Allah ini? Setiap orang telah tertulis jodohnya. Siapa? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Allah menciptakan perasaan cinta sebagai sesuatu yang terlalu indah. Suatu perasaan yang harus dihargai oleh setiap insan. Kerana perasaan cinta ini adalah nikmat daripada Allah kepada makhluk ciptaanNya yang dimuliakan iaitu manusia.

Tetapi hari ini, cinta telah dipesongkan. Cinta telah disalah tafsir oleh manusia. Cinta diluahkan dengan salah.

Kerana itu, banyak cerita yang kita dengar tentang wanita yang dilukai kerana cinta. Lelaki yang hilang segalanya kerana cinta. Keluarga yang terputus hubungan kerana cinta. Anak dibuang kerana cinta. Segala perkara yang tidak baik yang berlaku kebanyakkannya angkara cinta. Telah menjadi bualan ramai hari ini, dikatakan cinta itu menyakitkan. Cinta itu mengecewakan.

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,
Bukankah Allah menciptakan perasaan cinta itu sebagai sesuatu yang indah?
Bagaimana pula dikatakan cinta itu menyakitkan?

Penjelasan yang jelas tentang cinta ini sangat senang.
Bukan cinta yang menyakitkan.
Tetapi anda yang membuat cinta itu sakit.

Adakah anda sedang bercinta dengan seseorang ketika ini?

Jika ya, ada beberapa perkara laa yang blogger nak kongsi.

Pertama, jodoh itu rahsia Allah. Kalau anda seorang yang sedang bercinta, yakinkah anda pasangan anda itu akan menjadi milik anda sepenuhnya? Yakinkah anda itulah jodoh anda? Yakinkah anda hubungan itu berkekalan? Dan yang paling penting, yakinkah anda percintaan anda diredhai Allah?

Mahukah anda, Allah memisahkan cinta anda yang tidak disimpulkan dengan ikatan yang sah?

Jika benar anda cintakan orang itu, mengapa perlu berlandaskan cara yang dimurkai Allah? Mengapa perlu membelakangi hukum?

Bercinta itu tidak salah sekiranya dengan terjalin ikatan yang sah. Mengapa perlu mencintai orang lain andai kata tertulis di Luh Mahfuz jodoh kita bersama orang lain?
Mengapa perlu mencintai orang lain sebelum mencintai suami sendiri? Bukankah sepatutnya cinta itu harus menjadi milik si suami buat kali pertama dan terakhir? Mengapa perlu ada orang lain yang pertama?

Sesuci cinta, seindah cinta, hanya akan terserlah andai ia dilafazkan dan diluahkan pada yang sah. Kesian pada si suami apabila si isteri pernah mencintai orang lain sebelum dia. Keaslian cinta sudah tiada.

Benarkah anda mencintai dia?
Nak luahkan..? Silakan..
Luahkannya pada Allah.
Berdoa padaNya.
Katakanlah pada Allah yang anda cintai dia
tetapi sembunyikanlah cintamu itu daripada si dia.
Berserahlah pada Allah.
Yakinlah, andai cinta kita itu diserahkan kepada Allah untuk diaturkan, Allah akan mempersembahkan insan terbaik buat diri kita untuk mencintai dan dicintai. Serahkan segalanya pada Allah.
Percayalah, kalau jodoh, tak ke mana.
Doakan sahaja yang baik-baik.

Bercintalah kerana Allah.
Serahkan cinta pada Allah.
Cintailah Allah seagung-agungnya.
In Shaa Allah, Allah akan tunjukkan cintaNya pada kamu,
dengan menghadiahkan insan teristimewa.

Ya Allah, aku serahkan si dia pada engkau. Aturkanlah sebaiknya buatku ya Allah.

..Aku Cinta Pada Si Dia...

Hati Yang Telah Berubah

Wahai sahabat-sahabat yang sedang meneliti laman blog ini, satu lagi perkongsian ingin saya bawakan kepada anda. Dan perkongsian kali ini lebih ditekankan kepada anda semua yang bergelar umat Islam. Muslimin dan muslimat, ayuh sama-sama kita menghayati perkongsian kali ini.

Saat ini, saya sedang menaip satu bingkisan untuk dikongsikan. Hari ini adalah 19 Disember 2016. Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita bakal meninggalkan fasa 2016 dan akan berhijrah ke alaf baru.

Bercerita sahaja tentang alaf baru, saya pasti anda di luar sana telah pun mempersiapkan diri untuk mengharungi tahun baru. Semestinya semangat itu dirasai oleh setiap orang. Semuanya akan menjadi baru. Azam baru, baju baru, handphone baru, dan banyak lagi. Sungguh tidak dinafikan, keterujaan itu mendorong kita untuk menjadi insan yang lebih baik pada hari-hari yang bakal ditempuhi. Alhamdulillah.. Tahniah dan syabas buat anda.

Pembangunan makin rancak. Ekonomi semakin stabil. Orang kita semakin bergaya. Teknologi semakin canggih. Ini satu perubahan yang sangat positif sebenarnya. Satu perubahan yang harus dibanggakan kerana kita telah pun membina tamadun manusia yang seiring dengan peredaran masa.

Bercerita tentang perubahan, kita telah melihat hebatnya perubahan yang berlaku di sekeliling kita. Tapi sayang, dalam kita menyanjungi perubahan yang kini berlaku, mungkin ramai antara kita semua tidak menyedari berlakunya perubahan yang tidak seharusnya terjadi dan membawa satu kesan yang tidak baik buat insan beragama Islam. Tetapi hakikatnya, ia sedang berlaku. Semakin lama, perubahan ini menyelinap masuk ke dalam jiwa orang Islam hingga akhirnya mengubah diri kita keseluruhannya.

Perubahan itu tak jauh, ia sangat dekat dengan diri kita. Kerana ianya berlaku pada diri kita sendiri. Tak percaya? Jangan cakap tak percaya. Nilai diri anda sendiri.

Fikir sedalam-dalamnya. Anda kini berubah mengikut fashion yang kini trending, berubah menjadi seorang yang lengkap kehidupannya dengan dikurniakan kemewahan yang tidak terjangkau.

Tapi anda harus ingat. Perubahan yang terjadi ini juga, punca kepada berubahnya hati anda. Ya! Inilah kebenarannya! Hati kita telah berubah! Inilah sesuatu perubahan yang dekat, tapi kita tak pernah fahami dan tak pernah sedari.

Dari miskin menjadi kaya. Yes! Kita berubah.
Tapi kayakah hati kita dengan amalan?
Kayakah hati kita dengan zikir kepada Allah?
Kayakah hati kita dengan menjunjung selawat kepada baginda Rasulullah?
Kayakah hati kita dengan cahaya iman?
Kayakah hati kita dengan cinta terhadap Allah?

Berubahkah kita?

Dari memakai baju lusuh, kita sekarang pakai baju berjenama. Brand yang trending. Yes! Kita berubah.
Tapi dari longgar menjadi ketat.
Dari labuh menjadi singkat.
Dari sopan kini menjolok mata.
Inikah yang dikatakan perubahan yang baik?
Berpakaian tidak mengikut syariat.

Berubahkah kita?

Dari kerja sebagai kuli, kini kerjaya memang cenggini..
Semua bisnes, tender, memang tak lupa.
Tapi lupakah kita bahawa kita ada Allah?
Lupakah kita rezeki itu milik Allah?
Lupakah kita hanya amalan dibawa bersama ketika di alam kubur?
Lupakah kita cinta pada harta tidak ke mana-mana?
Lupakah kita solat itu utama?
Lupakah kita siapa diri kita?

Hah? Ini dia.. Kita berubah..
Kalau dulu solat kita tak tinggal, tapi sekarang sejadah pon kita tak tau kita letak kat mana. Ini dia manusia di pengakhiran zaman. Kita berubah dengan melupakan Allah. Kita berubah dengan menjadikan duniawi sebagai Tuhan. Kita berubah dengan bersikap sombong kepada Allah Yang Maha Mengetahui.

Bukankah Allah telah berfirman,
"Jika kau mengingati Aku, Aku akan mengingati kau"
Tapi manusia berubah kerana lupakan Allah. Lupa bahawa kita adalah hambaNya.

Ramai yang berkata, tiada masa untuk beribadah. Kerja banyak sangat. Ini satu lagi perihal yang kita lupa.
"SEKIRANYA KITA MENGATURKAN MASA UNTUK ALLAH, ALLAH AKAN MENGATURKAN MASA UNTUK KITA. SESUNGGUHNYA ALLAH ITU SEBAIK-BAIK PENGATUR"

Jadi katakanlah, yang mana satu nikmat-nikmat Allah yang kamu hendak dustakan?

Janganlah kita menjadi orang yang lupa pada Allah. Jangan sombong dengan Allah.

Bimbang nanti kau akan tewas dengan keegoaan sendiri kerana hanya menyaksikan duniawi sebagai matlamat diri sedang akhirat sentiasa menanti.

Bekerjalah seperti kita akan hidup buat selama-lamanya, tetapi beribadahlah seperti kita akan mati esok.

Ayuh! Kalau kita hendak berubah, ubahlah juga hati agar sentiasa dekat dan ingat kepada Allah.

Allah bersama kita, Allah tidak memilih kasih, jadi siapa kita untuk meminggirkanNya? Berkuasakah kita?

Hanya pada Allah jua tempat kembalinya kita. Hanya pada Allah jua tempat kita bergantung.

Moga kita terus istiqamah untuk menjadi insan teristimewa di sisi Allah. Moga-moga kitalah hamba Allah yang berada di bawah limpahan kasih sayangNya yang tidak terbatas. Berdoalah agar kita dikurniakan mahligai syurga serta dipermudahkan urusan di hari perhitungan.

Wallahualam. Assalamualaikum wbt.

Wednesday, 14 December 2016

Prinsip Bicara

Kita ni sebagai manusia banyak je kan benda nak dibualkan? Ada jer cerita kita. Bangun pagi jer, terus turun katil, mandi cepat2, pakai baju lawa2, pastu drive kereta pergi jumpa kawan kat kedai kopi. Kalau sejam tu, dah 10 cerita kita habiskan. Kan kan?

Sepanjang perbualan kita tu, ada prinsip yang kita kena patuh. Ada batas yang kita kena jaga. Jangan main keluar jer ayat dari mulut tu. Prinsip bicara. Kena ada tatasusila. Bak kata arwah Tan Sri P.Ramlee, "tiada kata secantik bahasa". Bahasa kita tu kena jaga.

Dari bicara kita memikat
Dari bicara kita mengguris

Bimbangnya, kata-kata yang dizahirkan dari lidah kita akan menjadi satu senjata tajam yang akan melukakan hati si pendengar. Luka dalam hati ni takde orang yang nampak. Dan tak berdarah. Tapi kesakitannya tu lagi perit daripada ditikam bertalu-talu. Bila orang dah sakit hati dengan apa yang kita cakap, siapa yang menanggung dosanya? Kita ni haaa..

Jadi bagaimana nak jaga prinsip bicara ini?

Pertamanya, fikir sebelum cakap. Adakah perkara yang kita hendak bicarakan itu sesuatu yang baik atau tidak? Fikir sebaiknya. Kalau baik, sebarkan. Kalau tak baik, pepatah kata "biar pecah di perut,jangan pecah di mulut". Sebabnya kalau dah pecah di mulut, kita takkan dapat mengubah keadaan lagi.

Keduanya, tentang siapa kita bicara? Kita sebagai manusia, tentu ada silapnya. Tiada orang dapat lari dari kesilapan. Jadi mengapa kita nak bercerita tentang keburukan orang kalau dalam diri kita ini juga ada keburukannya. Orang juga memandang perkara ini. Kalau kita bercerita keburukan orang, bimbangnya keburukan itu mendatangkan masalah kepada kita. Malah lebih teruk. Takutnya aib kita pula dibuka. Tak usahlah kita nak bercerita tentang sikap buruk orang sebab karma itu ada. Tak kira siapa orang itu.

Moga moga kita semua dapat memelihara prinsip bicara ini agar kita bukan sahaja menjadi orang yang dihormati di sisi masyarakat, tetapi kehidupan juga menjanjikan kesejahteraan buat kita. In Shaa Allah. Sama sama kita amalkan.

Friday, 11 November 2016

Pandangan Mata

Manusia dikurniakan sepasang mata untuk melihat. Hanya melalui sepasang mata ini sahaja, kita mampu melihat dunia yang cukup luas dan indah. Dengan sepasang mata ini, kita dapat melihat beribu ribu kerenah manusia di alam nyata ini. Hebat..sungguh hebat peranan sepasang mata ini. Namun begitu, persoalannya di sini, adakah kita memanfaatkan sepasang mata anugerah Ilahi ini ke arah kebaikan? Adakah kita menggunakan sepasang mata ini untuk kebenaran?

Dunia sekarang adalah dunia yang mempertontonkan kezaliman dan kejahatan. Kemungkaran kian berleluasa.

Sepasang mata inilah yang telah mengumpulkan segunung dosa buat hamba Allah bergelar manusia.

Sepasang mata inilah yang telah mendustakan kebenaran Yang Maha Esa.

Sepasang mata inilah yang menzalimi anak-anak syurga.

Apa yang sudah mata kita lakukan?
Apa lagi kezaliman yang kita hendak saksikan?
Apa lagi???

Harus diperingatkan,
di saat hari kebangkitan,
ketika tiupan sangkakala kedengaran,
pada saat itu,
bukan bibir kita membela nasib kita.

Tetapi,
Sepasang mata yang kita agung-agungkan ketika di dunia,
Itulah sehebat-hebat saksi
Atas setiap perilaku kita
Di atas bumi yang Allah pinjamkan.

Perihal pandangan mata
Yang menentukan
nasibmu di hari kebangkitan.

Mampukah mata ini,
Menghadiahkan istana syurga?

atau

Mata ini,
Mengheret ke lubang neraka?

Semoga kita peroleh manfaatnya.
Assalamualaikum wbt.

Friday, 21 October 2016

BERSYUKUR

Assalamualaikum. Selamat petang semua. Hari ni satu perkongsian baru untuk tatapan semua.

Setiap pagi, mak bagi duit RM3 pergi ke sekolah. Anak pula merungut, "alaa mak..takkan rm3 je? Mana cukup. "

Setiap hari mak masak nasi putih lauk ikan goreng, anak merungut, "alaa mak..ikan goreng lagi!!"

Setiap kali tiba hari kelahiran kita, mak bagi baju bundle buat hadiah. Anak merungut, " alaa mak..hari ni birthday orang laa..ni je ke hadiah?"

Asyik asyik "alaaa...."

Kuatnya merungut..

Kenapa tak tau nak bersyukur?

Orang bagi pon dah cukup bagus. Tak gitu?

Setiap apa yang datang kepada kita, itu adalah rezeki yang datangnya daripada Allah. Kalau kita asyik nak merungut dengan apa yang kita dapat, maknanya kita langsung tak bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Ni laa yang orang tua selalu cakap, "bagi betis nak paha".

Syukur dengan apa yang ada. Sebab kita masih bertuah. Allah bagi rezeki kepada kita. Allah jaga keperluan kita.

Tau tak, kat luar sana, beribu lagi manusia yang tak pernah hidup senang. Kadang2 tu tak pernah jumpa pon nasi. Tak pernah ada makanan yang mengenyangkan kat atas meja.

Tapi kita? Dah Allah bagi rezeki tu, merungut lagi. Memang tak tau bersyukur.

Kalau Allah tarik balik rezeki kita, macam mana?? Mampu ke kita nak hidup?

Sebab tu apa yang kita dapat, kita kena bersyukur walaupun sikit. Bersyukur dengan hati yang ikhlas. Sebut Alhamdulillah. Cakap terima kasih pada insan yang menghulurkan. Barulah berkat apa yang kita dapat.

Kena bersyukur tau. Jangan merungut. Syukur selalu.

Friday, 9 September 2016

Belajar Itu Ilmu

Assalamualaikum. Hai semua.
Hari ni nak share satu lagi benda.

Perkongsian kali ni lebih kepada student yg macam saya.. Yg mana bergelar student tu, aa meh jenguk.

Lama kan belajar?
Daripada kecil sampai laa habis form 5. Asyik duk belajar jerr.
Kalau yang nak sambung diploma and degree, belajar lagi.
Yang nak sambung master atau phD, lama lagi nak habis belajar.
Isshhh..memang takkan habis laa belajar nie.

Mesti stres kan?
Kena marah ngan cikgu, benda biasa.
Kerja skolah mcm bangunan KLCC, pon benda biasa.
Hari hari mention pasal homework, homework, homework.
Alahaii..bosannya..

"Bila laa nak habis belajar??"

Nie laa ayat yang paling famous among students.

Hari ni, saya nak share satu rahsia..

Awak nak tau tak kenapa awak rasa belajar tu bosan?

Nak tau?

Jawapannya, sebab awak dah set dalam minda awak yang belajar tu bosan.

Cuba awak bayang erk...
Mana lagi bosan?
Pergi sekolah hari2 untuk belajar chapter baru?
                   atau
Duduk rumah, goyang kaki, makan tidur makan tidur?

Kalau saya laa kan, duduk rumah lagi bosan. Sebabnya kita asyik buat benda sama.. Asyik makan, tidur...Issshhhh.. Boringnya.

Bila pergi sekolah ni, best sangat. Dapat jumpa kawan2, dapat join aktiviti sekolah, kadang2 tu dapat lepak ngan cikgu macam lepak ngan kawan. Best tau.

Belajar boring? Boring bila kita tak paham..memang laa boring..kenapa kita tak paham? Macam mane nak paham kalau time cikgu mengajar, duduk berbual ngan member. Macam mane ilmu tu nak masuk??

Bila kita dah paham betul2 chapter tu, perghhh...memang rase seronok laa..kenapa? Sebab masa tu kita mula sedar bahawa apa yang kita belajar kat sekolah tu akan digunakan dalam kehidupan seharian.

Kehidupan sebagai seorang pelajar laa yang paling best. Bila kita dah x sekolah nanti, masa tu laa kita berdepan dengan cabaran sebenar. Semua benda kena atasi sendiri. Hidup berdikari laa katakan. Ye laa, kena bayar bil elektirik, bil air, kereta lagi, rumah lagi, tanggung anak bini lagi..Stress nyerr..Masa tu baru kita teringat zaman sekolah dulu..mana ada semua ni kan?

Belajar ni takkan pernah habis sampai kita masuk kubur sebab ilmu tu terlalu luas untuk didalami. Sebenarnya, dengan apa yang kita dah ada sekarang ni, ianya tak cukup. Banyak lagi yang kita kena cari, kita kena kaji dan kita kena praktik berasaskan kepada sebuah ilmu.

Jangan cakap penatnya belajar. Belajarlah sebanyak mungkin. Hargailah waktu yang kita ada ini untuk belajar. Sebab kita adalah insan yang bertuah. Kita bertuah kerana dipilih untuk belajar. Masih ramai orang yang kat luar sana tiada kemampuan untuk belajar. Tak dapat rasa pon keseronokan pergi sekolah. Tak pernah kenal pon apa itu sekolah. Kita patut bersyukur sebab kita kenal huruf, kita kenal nombor, kita kenal tumbuhan, kita kenal haiwan. Kesian mereka yang tiada peluang untuk belajar. Kenapa kita yang diberi kemudahan untuk belajar masih mengeluh?

Hari nie, jom sama2 kita ubah diri dan sikap kita dengan menanam satu tekad iaitu belajar dengan sehabis baik, belajar dengan kesungguhan dan belajar dengan ketakwaan. Okeh?