Friday, 9 September 2016

Belajar Itu Ilmu

Assalamualaikum. Hai semua.
Hari ni nak share satu lagi benda.

Perkongsian kali ni lebih kepada student yg macam saya.. Yg mana bergelar student tu, aa meh jenguk.

Lama kan belajar?
Daripada kecil sampai laa habis form 5. Asyik duk belajar jerr.
Kalau yang nak sambung diploma and degree, belajar lagi.
Yang nak sambung master atau phD, lama lagi nak habis belajar.
Isshhh..memang takkan habis laa belajar nie.

Mesti stres kan?
Kena marah ngan cikgu, benda biasa.
Kerja skolah mcm bangunan KLCC, pon benda biasa.
Hari hari mention pasal homework, homework, homework.
Alahaii..bosannya..

"Bila laa nak habis belajar??"

Nie laa ayat yang paling famous among students.

Hari ni, saya nak share satu rahsia..

Awak nak tau tak kenapa awak rasa belajar tu bosan?

Nak tau?

Jawapannya, sebab awak dah set dalam minda awak yang belajar tu bosan.

Cuba awak bayang erk...
Mana lagi bosan?
Pergi sekolah hari2 untuk belajar chapter baru?
                   atau
Duduk rumah, goyang kaki, makan tidur makan tidur?

Kalau saya laa kan, duduk rumah lagi bosan. Sebabnya kita asyik buat benda sama.. Asyik makan, tidur...Issshhhh.. Boringnya.

Bila pergi sekolah ni, best sangat. Dapat jumpa kawan2, dapat join aktiviti sekolah, kadang2 tu dapat lepak ngan cikgu macam lepak ngan kawan. Best tau.

Belajar boring? Boring bila kita tak paham..memang laa boring..kenapa kita tak paham? Macam mane nak paham kalau time cikgu mengajar, duduk berbual ngan member. Macam mane ilmu tu nak masuk??

Bila kita dah paham betul2 chapter tu, perghhh...memang rase seronok laa..kenapa? Sebab masa tu kita mula sedar bahawa apa yang kita belajar kat sekolah tu akan digunakan dalam kehidupan seharian.

Kehidupan sebagai seorang pelajar laa yang paling best. Bila kita dah x sekolah nanti, masa tu laa kita berdepan dengan cabaran sebenar. Semua benda kena atasi sendiri. Hidup berdikari laa katakan. Ye laa, kena bayar bil elektirik, bil air, kereta lagi, rumah lagi, tanggung anak bini lagi..Stress nyerr..Masa tu baru kita teringat zaman sekolah dulu..mana ada semua ni kan?

Belajar ni takkan pernah habis sampai kita masuk kubur sebab ilmu tu terlalu luas untuk didalami. Sebenarnya, dengan apa yang kita dah ada sekarang ni, ianya tak cukup. Banyak lagi yang kita kena cari, kita kena kaji dan kita kena praktik berasaskan kepada sebuah ilmu.

Jangan cakap penatnya belajar. Belajarlah sebanyak mungkin. Hargailah waktu yang kita ada ini untuk belajar. Sebab kita adalah insan yang bertuah. Kita bertuah kerana dipilih untuk belajar. Masih ramai orang yang kat luar sana tiada kemampuan untuk belajar. Tak dapat rasa pon keseronokan pergi sekolah. Tak pernah kenal pon apa itu sekolah. Kita patut bersyukur sebab kita kenal huruf, kita kenal nombor, kita kenal tumbuhan, kita kenal haiwan. Kesian mereka yang tiada peluang untuk belajar. Kenapa kita yang diberi kemudahan untuk belajar masih mengeluh?

Hari nie, jom sama2 kita ubah diri dan sikap kita dengan menanam satu tekad iaitu belajar dengan sehabis baik, belajar dengan kesungguhan dan belajar dengan ketakwaan. Okeh?

Ahmad Ammar Dalam Kenangan

Setelah mendalami buku demi buku, cerita demi cerita, nasihat demi nasihat, terdetik di hati ini, " sudah berapa lama aku membuang masa?"

Terdiam dan terfikir buat seketika.

Anak muda yang telah dijemput ke rahmatullah pada 2 November 2013 telah mencetuskan fenomena yang begitu hebat dan masih bertahan hingga ke hari ini. Kematiannya telah menghidupkan hati-hati yang lalai dan terbuai dengan keindahan dunia. Malah hakikatnya, dia tidak mati. Cuma jasadnya sahaja yang tidak lagi bernafas. Dia masih hidup. Hidup di alam barzakh dengan bahagia yang hanya Dia yang tahu.

Satu petikan yang membuat aku begitu tersentuh, di saat-saat kematiannya menghampiri, dia telah menerima satu mimpi iaitu dirinya dibawa ke syurga dan dipertemukan dengan seorang bidadari yang sudah ternantikan dirinya. SubhanAllah. Siapa yang tak mahu bertemu bidadari. Beruntungnya engkau, wahai pemuda di bawah bayangan hijrah.

Kini, aku yakin, kau tidak mati. Kau hanya berpindah dari dunia yang fana ke alam yang kekal abadi. Pemergiannmu membangkitkan jiwa anak muda yang semakin hanyut. Sungguh mulia akhlak pekertimu. Kau hanya insan biasa, tetapi menjadi luar biasa kerana perjuangan dakwahmu.
Kau sudah berbakti. Moga kekal aman di sana. Aku ingin bertemumu kalau diizinkanNya.

Kau milikNya. Kau hanya pinjaman di dunia. Syahidmu terus terpahat di setiap jiwa. Aku merindui insan yang tak pernah ku kenali. Aku rindu kerana akhlakmu.

Moga pemergiannmu menjadi bimbingan buatku.

Ahmad Ammar Dalam Kenangan

Thursday, 8 September 2016

Bicara Berirama 4SC1

Kumpulan mana yang akan menang, bukanlah itu yang kami kejar.
Tapi apa yang kami persembahkan ialah yang terbaik walau ia hanya di peringkat kecil. KAMI SEMUA PEMENANG!!!! Kemenangan kami ini sangat bermakna kerana usaha kami tidak sia-sia. Bersyukur, sebab kami tunjukkan yang terbaik.

Inilah 4sc1 SMK HAMZAH.
Kami tak kenal bangsa
Tak kenal kaum
Apa yang kami tahu
Kami adalah satu
Dan akan tetap
Menjadi SATU.

Terima kasih kepada semua rakan,
Sebab sentiasa bersama
Sentiasa beri komitmen
Dan sentiasa tunjukkan
Kehebatan kita sebagai
Sahabat sejati.

Ini baru namanya, 1 Malaysia.

Tahniah dan terima kasih untuk segala-galanya.
Saat bersama korang adalah yang paling terindah
dan takkan pernah saya lupakan
untuk seumur hidup saya.

HIDUP 4SC1 2016 SMK HAMZAH

Tuesday, 6 September 2016

K e h i l a n g a n

Merah : Hai putih

Putih : Hai merah

Merah : Ingat tak, dulu saya ngan kuning selalu lepak sama-sama, pergi minum air kelapa petang2. Selalu bergosip kalau tak puas hati. Buat kerja skola waktu pagi datang skolah. Hahahaha

Putih : Ha'a..ingat ingat.. Best kan time tuu..Rindunyer...

Merah : Tapi hari nie, saya dah hilang dia.

Putih : Hilang dia? Maksudnya?

Merah : Orang yang pernah baik dengan saya, yang pernah bermain dengan saya, yang pernah nangis bersama saya, yang pernah gembira bersama saya, kini saya dah hilang dia.

Putih : Kenapa jadi macam tu?

Merah : Salah saya. Saya yang tinggalkan dia.Saya hina dia. Disebabkan kekayaan, saya maki dia. Saya cakap, dia tak layak berkawan dengan orang kaya macam saya. Dia kecil hati. Dia pernah cakap, dia takkan kembali kepada saya lagi. Jangan cari dia. Dia kata, dia sayang saya macam nyawa dia, tapi saya berkawan sebab harta je. Dia dah terkilan. Hati dia dah terluka. Dia dah kata, sampai bila-bila pon, dia takkan kembali untuk berkawan dengan saya lagi. Dia kata cukuplah sekali. Hari ni, saya menyesal.
Saya dah kehilangan dia...

Berat sungguh rasa kehilangan ini kan? Jangan sebab harta, kita hilang orang yang 'paling berharga' dalam hidup kita. Kerana rasa kehilangan itu memang berat. Kehilangan yang meninggalkan luka di hati, sungguh memeritkan. Jangan sampai diri kita pula rasa kehilangan. Ingat, kehilangan itu sengsara.

Warkah buat Hati Yang Luka

Satu situasi yang mana kita meletakkan diri kita pada diri orang lain. Bila orang mengadu, mengeluh, bersedih, kita juga merasai apa yang dirinya rasai. Tapi, perasaan yang kita cuba rasai, takkan pernah sama dengan perasaan si yang benar-benar merasai. Kalau kita tumpang gembira, orang yang meraikan kegembiraan itu sudah pon melonjak-lonjak. Kalau kita turut rasa simpati pada nasib seseorang, orang yang kurang bernasib baik itu sejuta kali lebih terasa peritnya. Mungkin ini tak mampu untuk menyelesaikan masalah. Tapi, sekurang-kurangnya, perkongsian pada kali ini lebih kepada pendekatan hati ke hati agar wujud rasa memahami, agar beban itu dapat dipikul bersama.

Duhai para hati yang sedang berduka,
Jika kamu sedang membaca ini, saya cuba untuk berada di tempat awak. Peritkan kesedihan? Dugaan yang hadir tu kadang-kadang sesuatu yang kita tak terlintas pun pada kotak fikiran kita untuk berlaku. Namun ia tetap berlaku, dan dugaan itu memang berat untuk ditanggung. Bagaikan memikul sebuah batu sebesar bukit. Tak terdaya. Benar kan?

Hati ini tidak kuat. Tak mampu untuk tanggung dugaan ini. Kenapa aku yang harus menanggungnya?

Persoalan demi persoalan mula hadir tatkala hati sedang bergolak. Dugaan yang membuatkan diri hendak rebah ke bumi, dugaan yang menyebabkan titisan air mata membasahi pipi, dugaan yang membuat diri ini menyerah kalah. Tersungkur di pertengahan masa.

Wahai hati yang berduka,
Maaf kerana di sini, tak mampu untuk ku bantu merawat hatimu itu. Tapi ingin ku katakan, setiap dugaan itu hadirnya dari Sang Pencipta. Dugaan itu hadir kerana Dia sayangkan kita. Dugaan itu bagaikan satu utusan untuk kita kembali ingat kepadaNya.

Saat kamu lemah dengan dugaan itu, carilah kekuatan. Carilah ketenangan. Jangan sibukkan diri dengan perkara yang makin menyerabutkan. Kalau kita nak lawan dugaan itu, lawanlah ia dengan baik iaitu kuatkan semangat. Hati mesti kental.

Kemudian, sentiasalah berfikiran positif. Positif dengan mengatakan, "aku mampu atasi semua ini". Positif adalah satu terapi minda. Minda yang dikawal dengan baik akan mempengaruhi perasaan yang bergolak itu agar kembali tenang.

Kalau nak lihat orang lain kuat, kuatkan hatimu terlebih dahulu. Everything will just be fine.

Berserahlah kepada takdir. Jika kita percaya akan ketentuanNya, moga2 kita tidak jatuh kerana dugaan yang hanya sedikit di muka bumi ini. Mudah-mudahan, sesuatu perkara yang baik akan tiba suatu hari nanti. Teruskan berdoa sesuatu yang baik. Teruskan yakin dengan diri. Kesedihan itu akan hilang.

Sesungguhnya, Dia Maha Adil. Segala yang buruk yang kita tempuhi dengan rasa kesabaran, In Shaa Allah, Allah akan gantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Malah, mungkin ia akan hadir sebagai sesuatu yang luar dari jangkaan.

Aku bersamamu, kami bersamamu..
Lap lah air mata kedukaan itu kerana orang di sekelilingmu bersedia di belakang kamu.

Ukirlah satu senyuman. Kebahagiaan itu akan tiba.

Friday, 2 September 2016

Ruang Angkasa

Seorang ikon angkasawan ada berkata,
"tak jauh pon nak pergi angkasa lepas ni..betul..lebih kurang 300m jer.."

Uishh..dekat jer nak pergi angkasa lepas..tapi jarak yang dekat camtu pon masih susah kita nak pergi kan?

Rumusannya sangat simple. Perkara ni sama dengan situasi diri kita. Kadang-kadang tu kejayaan ada depan mata jer..boleh grab bila-bila masa..Tapi bukan senang.. Pepatah kan ada cakap, "kejayaan takkan datang bergolek". Usaha banyak perlu dilakukan.. Tumpuan perlu 100%. Latihan perlu konsisten. Komitmen perlu tinggi. Dan yang paling penting, pengorbanan yang kita lakukan semata-mata nak dapatkan kejayaan itu.

Alahai...payahnya..

Eh xpayah pon. Setiap penat lelah kita tu akan jadi seronok kalau kita lakukan dengan hati yang sangat tulus dan ikhlas. Segala-galanya kita percaya bahawa apa yang dilakukan itu ada balasannya. Kalau kita buat sesuatu untuk perkara yang baik, maka balasan yang baik juga datang pada kita. Percaya pada takdir. Tak mustahil untuk kita berada di ruang angkasa.

Pencetus Revolusi Gerakan Anak Muda

Dalam diri ini, aku memendam satu tanggungjawab.
Tanggungjawab yang hanya aku dan Dia yang tahu.
Tak mengapa kalau ada yg membantah...
Tak mengapa kalau ada yg menentang..
Kerana aku yg melakukannya,
bukannya orang lain..
Ini gerakanku
Ini permulaanku
Ini semangatku
Ini perjuanganku
Kalian bukanlah sesiapa untuk menghalang apa yang aku perjuangkan.
Matlamatku hanya satu
iaitu mengubah pandangan dunia
pada insan yang bergelar anak muda.
Aku tak mahu berada dalam kepompong lama lagi.
Biarlah di usia muda ini,
aku memperjuangkan
sesuatu yg tak pernah anak muda lain perjuangkan.
Darjat anak muda seharusnya diangkat,
bukan disisih masyarakat.

Anak muda...
Kalau kamu bersamaku,
Bantulah aku
Untuk sama-sama membawa perubahan baru
Kerana dunia makin huru hara
Makin tak terurus dibuatnya
Masa masih ada...
Untuk kita perbetulkan segalanya..
Ayuh bersamaku..
Kita jadi anak muda yang berbakti,
bukan mengkhianati.
Kita jadi anak muda kebanggaan pertiwi,
bukannya berdiam diri.

Ini adalah MISI
Pencetus Revolusi Gerakan Anak Muda