S I N I S
wow. sinis.. apa yang menarik berkenaan sinis ni? apa itu sinis? Baiklah hari ini saya akan terangkan kepada anda apa itu sinis.
Sinis itu adalah sebuah sindiran. Kita boleh takrifkan sinis dalam dua kategori. Boleh jadi ia berbaur unsur positif, yang pada pengakhirannya akan menyimpulkan sebuah kebaikan. Tapi , sekarang sungguh mencabar kerana sinis untuk kebaikan adalah 1 per 10 yang kita akan temui. Ramai masyarakat kini lebih cenderung ke arah amalan sinis kategori kedua, iaitu sinis negatif, yang meyiratkan seribu hasad dengki. Kesannya, anda lihat sendiri apa yang terjadi pada hari ini.
Maka dengan itu, apa kata kita cuba beralih angin untuk menyelongkar apa yang ada pada sinis positif, yang jarang dilakukan ini..
Kebiasaannya, apabila kita menerima suatu sindiran, mesti rasa kembang kecut je kan hati? Rasa panas jerr. Mengapa kita tak cuba mendalami nasihat yang cuba disampaikan? Mengapa tewas terhadap bisikan iblis yang menyemarakkan api kebencian?
Sebab itu kita diajar untuk berdiam apabila menerima suatu sindiran. Berdiam itu bukan sekadar terapi untuk menyejukkan hati yang menggelegak, tetapi berdiam diri juga adalah kesempatan untuk kita berfikir dan mencari intipati nasihat yang cuba disampaikan oleh seseorang berbentuk sindiran.
Ada segelintir masyarakat yang tidak dapat menyuarakan nasihat sebagai pedoman itu melalui percakapan yang berhemah. Tetapi bagi mereka, sindiran adalah nasihat yang paling cepat untuk sampai ke hati serta padat dengan pengisian yang tepat. Cuba anda fikirkan kembali, bukankah tindakan itu benar?
Oleh hal yang demikian, HUSNUZON itu penting. Jangan mudah bersangka buruk kepada sesiapa yang anda temui. Saya yakin ramai antara kita yang pernah makan cili kerana menerima kata-kata sinis daripada mereka yang lebih tua, kan? Namun apakan daya, yang tua lebih dihormati.
Ya benar, yang tua lebih dihormati. Tapi saya rasa adalah lebih tepat sekiranya kita memegang kepada prinsip kehidupan, " orang yang lebih tua sudah makan garam terlebih dahulu ". Mereka lebih kenal rencah kehidupan ini. Jadi, tidak hairanlah kalau mereka menyindir anak muda pada masa kini kerana ada nasihat yang mereka ingin sampaikan, moga-moga kita tidak tersungkur dalam kancah permainan alam fana.
Oleh itu, bukankah ada perspektif yang positif yang anda boleh semaikan dalam diri anda? Sinis itu perlu, tapi biar bertempat, dan kena pada masa. Jika buruk dipandang, maka buruklah sinis itu. Tapi jika baik dipandang, baiklah sinis itu. Arwah Tan Sri P.Ramlee pernah berpesan "buang yang keruh, ambil yang jernih, baru teguh peribadi".
Wallahualam.